RSS

Ramadhan datang lagi..

Kejap je masa berlalu..
dah pun masuk bulan Ramadhan..
Bulan penuh keinsafan..
Bulan yang bukan setakat tahan lapar dan dahaga,
tapi jugak menahan semuanya..
Syaitan semua nye diikat..hmm jadi sepatutnye tak ade orang yang akan buat jahat pada bulan pose ni kan2..
Kalau ade yang buat jahat lagi tu ha ingat2 lah yer..

Dan macam biasa suasana bulan pose ni,
bila petang jer semua serbu Bazar Ramadhan..
Bersesak2 ngan orang yang nak beli macam2 juadah berbuka..
Air aje da bermacam2 warna ade, hijau, merah, pepel, kuning semua ada.. Meriah betul..
Penjual2 makanan dah tak menang tangan,
berpeluh2 nak melayan pelanggan yang datang..

Hm..tapi kena la beringat2 jugak kan..
jangan nak beli ikut nafsu makan jer..
beli macam2 makanan, makan sampai kembung perut..
Nak terawih pun berat perut nak rukuk..hehe

Gumbira Bersama


Hri konvokesyen dah hampir seminggu berlalu..
sepanjang minggu tu jugak la bergambar tak abis2..
Iyelah, bukian selalu dapat bergambar dengan jubah konvo..
Nak beli pun tak termampu den, tiada di pasaran..

Minggu konvokesyen tu jugak lah dapat jumpa member2 yang udah lama tak ketemu..
Walaupun tak dapat luangkan banyak masa bersama, bercerita bersama dek kerana masa hari konvo tu masing2 sibuk bersama keluarga tercinta..

Tapi terima kasih utk membe2 yang masih lagi sudi unruk datang UTM semata2 untuk bergambar dan lepak kat sini..
Meriuhkan dan mengacau bilaukan bilik aku yang serba sunyi bila dah takde rumet ni..hehe

Tahniah!!
untuk semua graduan2 yang bergraduasi..

Dan semestinya inilah waktu yang sangat gumbira selepas bertahun2 belajar, ber'exam', ber'assignment' dan macam2 lagi..
Yuhuuu..

Dup Dap Dup Dap..

Ish..bunyi ape tu?
hm...sebenarnye hari konvokesyen aku dan minggu depan da..
tup tup da nak konvo da aku kan..hihi

sekarang ni da mula hari konvokesyen semalaysia..
dan di kesempatan ni aku nak ucapkan Congratulations buat kengkawan
semua tak kira di mana jua anda berada dan tak kira universiti mana pun tempat anda menuntut ilmu..hee

Selamat bergraduasi...

MySpace

Hobi baru?

wow..nampaknye saya da ade hobi baru..hehe

MySpace

Tak tahu la guane leh terjebak dalam hobi ni..
Tak pernah pulak terniat di hati sebenarnye..
Ia berlaku secara tiba2 dan tanpa sedar..eh silap..separa sedar..kiki

Hari Sabtu yang lepas2, keluar lepak2 ngan Nana..
dan Nana menyuarakan hati nak beli pet..
Jadi aku temankan la nana untuk 'ushar' pet yang boleh jadi teman Nana..
Pet ni bole teman Nana dok umah sewa dia nu..

Dok pusing2 geleng2 aku tertarik pulak tengok ikan kecil2 berenang2 melenggok2 badannya..
Tup tup aku terasa cam nak bali pulak..uish..
Bole jugak diletak di atas meja..

MySpace

Masalahnya, ikan ape yang aku nak jaga ni?sume nye cantik2 dan comeyl2..hee
Dan setelah diadili juri2 yang tak bertauliah, aku pilih satu ikan..
Ikan yang boleh aku jaga kat bilik..hurm..Ikan laga..hik3


~ni la ikan aku...namanye Habib..kikiki

Dah ade satu, terasa macam ikan tu sunyi plak takde geng..
Jadi aku beli seekor lagi buat teman nye..
bukan makwe tau..
sebab aku pun tak dapat nak kenal pasti jantina ikan-ikan aku ni..
kalau ade sape2 yang tau macam mana nak kenal pasti jantina ikan ni sila gitau aku yer..hee


~ni seekor lagi ikan aku..erm nama nye ape ek..belum decide lagi..

Ha..ikan yang no.2 ni aku tak pasti nak letak nama ape..
patutkah aku letak nama pompuan plak?hihi
Hari tu Ziela da bagi nama da..tapi aku lupa la pulak..
hurm...

Secara tak sengaja, aku da ade kawan baru kat bilik..yeye..

Hari Konvokesyen makin hampir..

Ya..itulah dia..Nampaknya hari konvo da makin dekat..
Perasaan?entah lah..bercampur bauh..kiki
Surat da pun sampai ke rumah, walaupun aku belum dapat baca lagi surat aku tu..uhuhuk..
Yang pasti, aku tetap akan konvo kan..
Akhirnya bergelar graduan UTM..

MySpace

Awal2 lagi aku da tempah hotel untuk penginapan family yang akan datang jauh nun dari sana..
Dan perancangan awal dah pun dirangka yang mana pakcik aku pun akan turut serta dalam rombongan tu..
Aku pun da fikir2 rancangan2 yang sesuai untuk mereka habiskan masa di Johor ni..
Bukan selalu dapat datang Johor ni..
Dan sebenarnya abah aku da serik untuk drive ke Johor, sebab katanya jauh sangat..huhu

Malam tadi, aku dapat panggilan dari Mak.
Adik aku dah tunjukkan jadual trial STPM yang akan diadakan pada minggu hari konvo aku..

MySpace

Huhu..Nampaknya perancangan da berubah..
Ini lah yang dikatakan:
"Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.."

Nampaknya adik aku tak dapat nak datang Johor sama2 meraikan konvo kakak nye..
Dan mungkin ma dan abah aku berdua saja yang datang..
Hurmm..takpelah, yang penting aku tetap konvo jugak kan kan..hee

Dan hotel yang aku dah tempah awal2 tu pun, aku da buat pertukaran hak milik kepada Nisa..
Aku tak perlukan lagi bilik hotel tu..huu

Dan mak aku menyejukkan hati aku..
"Takpe lah..nanti kan ade konvo sekali lagi, nanti gi semua.."

...InsyaAllah ma...(",)

MySpace