RSS

Hari Konvokesyen makin hampir..

Ya..itulah dia..Nampaknya hari konvo da makin dekat..
Perasaan?entah lah..bercampur bauh..kiki
Surat da pun sampai ke rumah, walaupun aku belum dapat baca lagi surat aku tu..uhuhuk..
Yang pasti, aku tetap akan konvo kan..
Akhirnya bergelar graduan UTM..

MySpace

Awal2 lagi aku da tempah hotel untuk penginapan family yang akan datang jauh nun dari sana..
Dan perancangan awal dah pun dirangka yang mana pakcik aku pun akan turut serta dalam rombongan tu..
Aku pun da fikir2 rancangan2 yang sesuai untuk mereka habiskan masa di Johor ni..
Bukan selalu dapat datang Johor ni..
Dan sebenarnya abah aku da serik untuk drive ke Johor, sebab katanya jauh sangat..huhu

Malam tadi, aku dapat panggilan dari Mak.
Adik aku dah tunjukkan jadual trial STPM yang akan diadakan pada minggu hari konvo aku..

MySpace

Huhu..Nampaknya perancangan da berubah..
Ini lah yang dikatakan:
"Manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.."

Nampaknya adik aku tak dapat nak datang Johor sama2 meraikan konvo kakak nye..
Dan mungkin ma dan abah aku berdua saja yang datang..
Hurmm..takpelah, yang penting aku tetap konvo jugak kan kan..hee

Dan hotel yang aku dah tempah awal2 tu pun, aku da buat pertukaran hak milik kepada Nisa..
Aku tak perlukan lagi bilik hotel tu..huu

Dan mak aku menyejukkan hati aku..
"Takpe lah..nanti kan ade konvo sekali lagi, nanti gi semua.."

...InsyaAllah ma...(",)

MySpace

Kenali Potensi Diri Melalui tarikh Lahir..

Hari Sabtu yang lepas bersamaan 25hb Julai 2009, aku dah menghadiri satu seminar@bengkel Kenali Potensi Diri melalui Tarikh Lahir bertempat kat DSI, UTM SKudai..

Erm..Cam xcaya je kan aku join sama?hehe Dan semua mesti pernah dengar pasal program ni yang mana disediakan 10000 tiket percuma.dan aku lah antara salah seorang pesertanya..
Mungkin ramai yang kurang yakin dengan program ni, ade yang anggap ia cuma macam tilik nasib ke ape..Tapi, tak kenal maka tak cinta..macam tu la jugak dengan program ni, bila dah join baru kita tau ape yang istimewanya program ni..

So interesting!betoooool...
dan pada hari kejadian, waktu pagi mula2 sampai tu, memang ramai betul orang..
bayangkan la dalam 3ooo lebih orang yang datang..
Waktu nak masuk ke dewan tu..Fuh, macam nak serbu apa jer..bersesak2 nak masuk..
ganas jugak orang2 ni ek..haha

Dalam program ni, dapat tau macam mana kiraan tarikh lahir yang mana seterusnya kita akan dapat tau sifat atau peribadi seseorang..Susah nak cakap, tapi yang ni memang lain dari yang lain..Mungkin sebelum ni kita da banyak dengar pasal tahu peribadi seseorang melalui tarikh lahir, tahi lalat, zodiak dan macam2 lagi..
tapi yang ni lain..absolutely!
dan banyak tips2 untuk kita tingkatkan potensi diri..

dan yang pastinya banyak sangat benda yang dapat belajar pada hari tu..
Kadang2 perkara tu berlaku dalam hidup kita tanpa kita sedari..
sangat menarik, dan kita akan lebih kenal potensi diri kita dan bagaimana untuk tingkatkan potensi diri..
bukan setakat kita, tapi keluarga dan semua orang di sekeliling kita..hee


Dr. Azizan Osman..

Oh laptop ku,..

Waduh..masuk hari ni..
genap seminggu aku hidup tanpa laptop ku..
sehari je pun, aku rasa cam xleh nak bernafas..
ini kan pulak aku kena tunggu lagi seminggu untuk dapat laptop tu..
cepat lah datang minggu depan..
Ops..cepat???ish3..mana bole..
asaimen ku belum siap sepenuh nya lagi..aduyai..

MySpace

Asaimen pertama yg kena dihantar ialah satu montaj Flash..
aduh..masa degree dulu memang ada la belajar Flash..
Tapi pada masa tu, fokus lebih pada video..
Jadi sekian lamanya ku tinggalkan ilmu Flash tu..huhu
Waktu Final semester dulu, aku memang tabik spring la rumet ku
yang begitu cekal dan tabah berhadapan ngan Flash..
sampai bila die meraung sorang2 tu, aku pulak yang seriau..haha
Masa tu, aku ada nak cuba jugak refresh balik ilmu2 Flash aku..
tapi masa tu, mungkin sebab aku kurang keyakinan diri, aku cepat putus asa..
nak buat sikit, da give up..sampai tak terbuat2, tak tersiap2 Flash tu..
at last guna Swish yang seperti sedia maklum lebih senang dan mudah
sebab benda yg da already made..hihihi

Nah, skarang tugasan aku kena buat Flash pulak..
idea, jalan cerita dan segalanya atas kreativiti masing2..
Mula2 memang rasa seram sejuk jugak la maybe akan ambil masa untuk aku belajar balik..
tapi lama-lama rasa serunuk pulak..hehe
lagi2 lepas ni akan belajar actionscript dalam Flash pulak..
itulah yang orang kata..
"alah bisa, tegal biasa.."
kan kan kan..?;p


MySpace
Tapi nampaknya dalam masa seminggu ni aku kena berkorban masa dan tenaga..
Hari tu pun, 2 malam aku tak tido untuk buat keje..
Bila di hostel kena la pinjam laptop membe untuk guna..
Oleh sebab pada masa tu, dia pun ada keje yang perlu diselesaikan,
jadi waktu yang aku leh tumpang guna ialah waktu tidurnya..kikiki
Hm..harapnya cepatlah laptop ku pulang ke pangkal jalan..

p/s: keyboard laptopku telah rosak sebab bila tekan R..rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
yang kluar nonstop..huhu dan amik masa 2minggu untuk siap..

cabaran baru bermula...

Assalamualaikum..
Sangat2 lama tak menjenguk blog dan menitip kan satu dua ayat kat sini kan..
Ntah masih ada yang sudi membaca tak tau la..
tapi nampaknya CikWana sempat lagi men'tag' aku..hehe
Sekian lama bercuti kat rumah mmg xdapat nak main Internet..
Kabel asek kena curik jer..masalah betul pada Internet dan jugak telefon rumah..
Bila la mau pulang ke pangkal jalan pencuri-pencuri kabel tu..huhu
semoga mereka diberikan hidayah olehNya satu hari nanti..Ameen...

Sekarang ni, aku kembali lagi ke bumi UTM dengan matlamat dan impian yang baru..
cewah..hehe
sekarang alhamdulillah da up sikit jadi postgraduate student..
aku masih lagi sambung belajar..
Sebelum aku buat keputusan untuk sambung belajar,
ramai yang bertanya,sambung blaja lagi?
xnak gi posting ker?xnak kerja ker?
hurm..sapa la yang xnak keje kan, pegang duit sendiri..hihihi

Tanya sama hati, semangat dan kesukaan untuk belajar masih ada lagi..
jadi selagi hati masih suka, baik teruskan belajar kan..hehe
lagipun, aku mau kembangkan lagi ilmu di dada..
kalau sebelum ni, subjek komputer hanya minor..
tapi skarang aku dapat lebih fokus dalam bidang ni..
banyak benda baru yang dapat belajar..
Sangat serunuk..alhamdulillah..=)
Dengan kawan2 baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang..

skarang baru berada di semester pertama, dan masih panjang lagi jalannya..
tapi pejam celik pejam celik, cepat je masa berlalu kan3..hee

Aku teringat satu kata-kata yang aku pegang sampai sekarang..
Liyana pernah bagitau kat aku..
Pakcik nye penah berpesan..

"jangan jadi macam itik, tapi jadilah macam kuda.."

-- Itik kalau disuruh berenang, bole berenang..
--kalau disuruh berlari, bole berlari..
--kalau disuruh terbang, pun bole terbang..
Tapi, bole berenang masih tak reti menyelam..
Bole berlari, tapi cuma dapat berlari terkedek-kedek..
Bole terbang, tapi xsampai ke awan..

--Kuda pulak kalau disuruh berenang, memang xbole..
-kalau disuruh terbang, lagi la xbole..
Tapi, bila disuruh berlari, kuda lah yang jadi antara haiwan terpantas..

hurm..apa maksudnya tu??
lu pikir lah sendiri..bak kata nabil...hihihihi

p/s: wana..nanti i post u punye tag tu eyh..=)