RSS
Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Uncle Cham..

Wawawa..dapat jugak jumpa pak cikku arini..
kesukaan sebab da lama xjumpa kan,
last yang mase hari raya aritu..hihi
kalau korang perasan ade bas Perpustakaan Negara Malaysia,
ha..itu bas dorang la tu..

Sepatutnya, kelas arini mula jam 10pagi,
dan aku akan ade presentation..
tapi tup tup kelas dibawak ke hari khamis plak..hukhuk
da siap2 nak present da..

Kebetulan pulak pak cikku da ade kat PSZ..
jadi ape lagi, aku terus terbang ke sana ..
Sampai sane, aku menunggu dan terus menunggu,
alahai taklimat nye lom abis lagi..
pak cikku lom dapat kuar lagi..
tapi seb baik kat PSZ skang ade pameran seni cat air..
jadi aku ambil kesempatan ni utk menghayati lukisan-lukisan tu..wawawa..
Cantik..Bila la aku nak pandai melukis macam tu..hik3

Oleh sebab ade kelas kol11, jadi aku masuk kelas tanpa jumpa pak cikku pun..
Tapi setengah jam sebelom kol12, aku kuar sat..
lagipun P&P xdapat nak jalan sebab masalah teknikal..
jadi maksudnye aku bukan ponteng separuh kelas kan..hihi

aku jumpa pak cikku kat PSZ..
kitorang berjejak kasih di foyer, berborak dan gi makan aiskrim..he

~Smuga pak cikku selamat sampai KL arini..

Terengganu..

Percutian keluarga ke Terengganu 2 hari 1 malam..
Hm tak sampai 2 hari pun..
Apa yang seronok di Bandaraya Pesisir Pantai ni?
mestilah pantai nya..
ambil angin di tepi pantai pagi petang siang malam memang serunuk..


Tak lupa jugak beberapa tempat yang sempat disinggah walaupun masa memang laju je berjalan..


~aksi underwater adik aku..

pengantin baru..


Masih belom terlambat lagi untuk wish..
Selamat Pengantin Baru..yey!
untuk nenek sedara (adik tiri arwah nenek belah mak), Mak Su Ani yang tersayang..
pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 17 Januari 2009..

Agak terkilan jugak la sebab aku tak dapat datang meriahkan majlis..huu
Aku jangkakan majlis akan berlangsung cuti Tahun Baru Cina ni..
tapi lagi awal rupanya..

Ni bukan perkahwinan pertama untuk Mak Su Ani..
Beliau da mempunyai beberapa orang cucu pun..
Tapi kalau da jodoh, apa nak dibuat lagi kan..*wink*wink*

Aku tak pastila bila kisah cinta ni bermula..
Dan aku tak pasti yang mana satu la pengantin lelaki nya
merangkap atuk sdara aku yang baru..
Sebab sebelum balik johor aritu,
kami 1 family cuit2 soh beliau kawin lagi..
Tup tup rupanya memang ade yang da ushar2..
Tapi dalam dilema sebab ada 3 pilihan..
Tak tau nak pilih yang mana satu..
Wa..walaupun umur da 50-an pun dalam dilema..=)

Aku memang happy dapat tau berita ni..
takdela nanti beliau dok sorang2 kat umah, ade jugak berteman..
Susah la nak lepak2 sama lepas ni sebab umah suaminya kat Pasir Mas..
Tak sabar plak balik umah ni nak tengok pengantin baru..

___***___
Sedikit info tentang majlis:
  • Majlis sederhana tetapi meriah ni berlangsung kat umah aku, eh umah parents aku..
  • Pada mulanya majlis ni menimbulkan sedikit kontroversi kepada jiran-jiran yang ingatkan majlis ni ialah majlis anak Cikgu Joe, terkilan bila ada yang tak dijemput.. Tapi rupanya majlis mak sdara ipar Cikgu Joe..
  • Tetamu yang datang sangat ramai memenuhi setiap inci ruang lingkup umah sampai tuan rumah sendiri takde tempat nak duduk.
  • Makanan jugak memang licin..Ketua chef merangkap mak cik aku memang berpuas hati tahap dewa tengok periuk-periuk nasi yang licin hingga ke titisan terakhir..
  • Orang kuat majlis ni dan juga wakil pihak pengantin perempuan ialah tuan umah ni, dan lepas majlis mereka memang sangat penat dan lelah..cian pulak dengar..
___***___

Menurut sumber yang bole dipercayai, majlis memang berjalan dengan lancar tanpa masalah..
Pengantin sekarang sedang berbulan madu di rumah mereka..
Semoga mereka berbahagia hendaknya..

Hm..teringat pulak kat arwah atuk aku..
Pernah tak korang tengok atuk korang kawin dan lafaz akad nikah depan tok kadi?
Bukan senang nak masuk dalam sejarah hidup tu..
Tapi itulah pengalaman aku masa umur 13 tahun dulu..
Tengok atuk aku kawin..hehe
Bangga betul dapat bercerita kat membe2 sekolah..