RSS
Showing posts with label sppians. Show all posts
Showing posts with label sppians. Show all posts

Perjalanan ke Terengganu


Sekejap ade, sekejap takde..macam Chipsmore pulak kan..hee
Ade membe yang sorang ni suruh update blog sebab da lama tak update da..
Jadi apa kata penuhkan hard disk blog ni..
Sebenarnye kisah ke Terengganu ni da lepas lama da.
Tapi skarang baru nak bukak kisahnye yer..=D
Tapi kenangan ke Terengganu dengan membe2 sekelas yang lepas,
betul2 satu kenangan yg manis..
Waktu ketika mana masa tu usai nye anto draf PSM.Dan waktu yg cukup ideal jugak yang mana sebelum tu,
kitorang da jarang sangat dapat luangkan masa sama2..
dek kerana kesibukan masing2 nak abiskan blajo ni..huu

~posing baek punye depan Masjid Kristal.. tapi gambo aku xde kat sini..uwaaa

Sangat serunuk bila sekian lama,
dapat abiskan masa 3malam 2hari bersama dalam perjalanan yang agak jauh jugak..
Bertolak jam 10malam ari jumaat dan sampai 11.00malam ari ahad..
Walaupun Terengganu tu da selalu pegi jalan2 ngan family,
tapi bila gi ngan rombongan kanak-kanak riang ni,
rase cam 1st time sampai Terengganu pulak..chewah..ayat baek punye..hihi

~sesi makan-makan sampai konyang..

Sebenarnye tujuan perjalanan kitorang ke Terengganu
macam ala-ala lawatan sambil blajar gitu..hihi
Dr Lokman sbg lecturer pengiring..
Lawatan ke sekolah kluster kat Terengganu..
dapat la jugak menyinggah kat 2 sekolah ari ahad tu.
SMK Sultan Sulaiman (sekolah Yang Dipertuan Agung dulu)
dan jugak SMKA Sheikh Abdul Malek..
Ari ahad tu makan memang kenyang abis..makan makan makan..
Pagi tu, sebelum gi sekolah pekena breakfast dulu..
makan nasi kerabu yang sedap..
kat sekolah, makan pulak bihun goreng + keropok keping..
gi sekolah satu lagi, pun pekena bihun goreng + keropok keping..
on d way balik, layan pulak keropok lekor ngan sata..
aduh..kenyang beb. naik bas pulak sedap betol tido..haha

Tapi alang-alang da sampai Terengganu, tak sah la kalau xpusing2 kan..
ari sabtu seharian tu, kitorang jalan2 kat tempat2 yg ade kat KT..
rombongan kanak-kanak riang..
yang 1st time sampai Terengganu tu memang teruja jer..
kejap2 amik gamba, kejap2 amik gamba..ahaha

~ ni muka2 belom mandi lagi ni, baru lepas sarapan nasi lemak yang sodap..

Tapi, sepanjang kat Terengganu..
memang enjoy abis, sangat serunuk macam taknak balik UTM jer..
rase cam lepas tu nak sambung jalan lagi gi tempat lain pulak,
Cuti-cuti Malaysia..hihi
Lepas ni, bila pulak dpt holiday sama2 rombongan 1 bas kan?huu

bersama yang pakar..


Seharian hari ni..
pagi ke petang..
final year students
bagi Sains&Math Fakulti
terlibat dengan program Pengkayaan Ilmu dan Pengalaman bersama
Guru Pakar masing-masing.
Dan aku pastinya bersama kanak-kanak riang SPP dan SPF yang lain
bersama guru pakar Fizik.

Program ni diuar-uarkan beberapa hari yang lepas yang..
masa tu, ada jugak yang dah plan aktiviti hujung minggu termasuklah gi Singapore,
Gunung Ledang dan tak lupa jugak yang balik mengundi di Terengganu.
Jadi kehadiran yang diharapkan tidaklah penuh untuk hari pertama..
tetapi hari kedua dapat join sama sebab program ni berjalan 2hari.

.........***..........

Kalau ikutkan hujung minggu camni, rehat lagi bagus melayan katil dan meja..
Tapi datang jugak sebab nanti:

1) dapat sedikit sebanyak input untuk PSM (Projek Sarjana Muda) yang masih dalam proses..
2) dapat kembalikan satu perasaan yang pernah 'hilang' selepas praktikal..
3) dan pastinya nak berkongsi ilmu dan pengalaman ngan Guru Pakar ni..

Bukan senang nak jumpa dengan Guru Pakar @ Guru Cemerlang ni..

..........***...........

Sebelum pagi tadi, aku mempunyai satu persepsi kepada seorang Guru Pakar ni.
Tapi bila bertentang mata dengan Puan Noriza ni,
persepsi tadi tu meleset sama sekali.
Kagum jugak la dengan cikgu ni, dengan semangat dan pengalaman yang ada pada orangnya,
beliau memang seorang guru yang tulen.

Kenapa aku cakap guru tulen?
sebab jiwa dia betul-betul untuk jadi seorang guru.
Orang kata jadi cikgu ni senang, kerja pun separuh hari.
Tapi sebenarnya, tugas guru ni bukan je setakat mengajar dan bercakap depan kelas je,
but more than that. Melebihi segala-galanya..
malah memberikan apa yang pelajar tak dapat semasa di rumah.
Bagi orang yang dah melalui pengalaman ni, mesti boleh rasa sendiri.
Korang pun mesti pernah ada pengalaman berjumpa ngan cikgu tulen dan tak..

Satu pengalaman di sekolah dulu zaman muda-muda,
awal tahun Form 4 (yang mana masa ni tengah semangat berkobar-kobar untuk belajar dan nak skor SPM ),
seorang cikgu lelaki baru ganti cikgu Biologi.
Kalau sebut cikgu lelaki ni, mesti budak2 perempuan mesti akan teruja..
Tapi..
Masuk kelas, pasang OHP letak slaid.
"ok, kamu boleh baca".
Habis satu slaid "da habis baca? ok,seterusnya.." Letak satu lagi slaid..
Hm kalau gitu, tak yah masuk kelas pun takpe, baca buku sendiri jer.huhu
Lepas pada tu, aku dah tak minat subjek Biologi.
Cita-cita aku nak jadi doktor pun dah terkubur time tu jugak..
Fuh, penangannya sampai sekarang tu..

..........***..........

Berbalik kepada cerita asal,
memang bole nampak sifat seorang Guru Cemerlang ada pada Puan Noriza.
Dengar saja macam mana beliau bercerita..
Ada jugak yang berair mata..
Siapa tu tak bole nak cakap la kat sini, tapi aku dapat kenalpasti gak yang buat-buat mata masuk habuk tu..hehe
Bukan sebab jalan cerita dia, tapi lebih pada cara penyampaian beliau tu memang sampai ke 'dalam' apa yang nak disampaikan..Insof..

Bagaimana seorang guru opsyen Matematik,
mulanya mengajar Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Bila pindah sekolah lain, diberi tanggungjawab mengajar Fizik Tingkatan6.
Dah beberapa hari mengajar, beliau menangis, sebab rasa cam tak dapat nak mengajar bagi students faham dan tak dapat jugak nak menjawab soalan students yang bertanya.
Pada saat ni la, suami beliau menyuntik satu semangat yang membolehkan beliau bole berjaya sampai sekarang dan memang master dalam Fizik..
Kat sini, aku kagum jugak la dengan suami beliau ni dan aku tahu ramai yang mengharapkan suami mithali macam ni..hehe


..........***..........

Usai program, aku dapat nampak semangat bakal-bakal guru ni cam lebih berkobar-kobar gitu. Terutamanya Nurul, da berangan-angan da nak jadi Cikgu Cemerlang. Best of luck, rumet!=)

Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat..
Ia seperti mengimbau kembali pengalaman-pengalaman semasa praktikal dulu.. Bermacam-macam kisah manis, masin, masam dan tawar.
Semestinya ia suatu pelajaran berguna dalam meniti masa akan datang..
berdepan dengan dunia luar yang bermacam-macam ragam dan karenah..


Di penghujung majlis, sempat lagi amik gamba kelas..

~kanak-kanak riang SPP..

makan, makan, makan..

Hari ni aktiviti penuh sepanjang siang dan petang baru la sampai bilik setelah keluar bilik pada jam 9.30 pagi.Sebut pasal makan ni, siapa la yang tak teruja. Bak kata rumet, hidup untuk makan..hehe

Jam 12 tengah hari tadi, semua kanak-kanak riang 4SPP menyerbu kafe KTHO untuk lunch bersama (asyik-asyik KTHO je tempat makannya..). Biasalah, kanak-kanak riang ni kalau disebut ade lunch, sanggup kosongkan perut dari pagi lagi sebab nak isi semaksimum mungkin semasa lunch. Masa bersama macam ni memang seronok, sambil makan ramai-ramai, sambil bercerita dan bergosip. Bukan senang ada masa macam ni, dengan kolej masing-masing yang jauh dan kesibukan dengan PSM final semester ni..

Tapi, kanak-kanak riang ni memang sporting lah. Pantang diajak, program terus jalan. Dari Tahun 1, agak banyak jugak la program bersama :: makan-makan, jalan-jalan, main-main dan lepak-lepak..

Ni muka-muka yang dah tak sabar nak makan..

~antara orang terawal mencedok nasi..

~rombongan kedua untuk mencedok lauk-lauk yang ada..

~sesi bacaan doa makan..

~makan jangan tak makan..

~erk..alhamdulillah.licin abis pinggan.. sharul hingga menjilat jari..

Di kesempatan ni, terima kasih untuk semua yang dapat datang untuk lunch sama-sama..Kecuali Ina yang tak dapat datang sebab mak nya tak sihat tapi semoga mak Ina baik-baik aje. Agak terkilan sebab rasa macam makanan tadi cukup-cukup je, kalau boleh nak korang makan sampai perut membesar 2x ganda. Nasib baik semua berjalan lancar, dan makanan siap pada masanya..

Malam sebelum-sebelum tu, kami berempat keluar makan bawah payung kat SriPutri. Hm..memang tak rugi gi makan ngan dorang ni, mesti licin punya lah..tak baik membazir lah katakan..


~aksi-aksi dramatik ketika makan..