Jam 12 tengah hari tadi, semua kanak-kanak riang 4SPP menyerbu kafe KTHO untuk lunch bersama (asyik-asyik KTHO je tempat makannya..). Biasalah, kanak-kanak riang ni kalau disebut ade lunch, sanggup kosongkan perut dari pagi lagi sebab nak isi semaksimum mungkin semasa lunch. Masa bersama macam ni memang seronok, sambil makan ramai-ramai, sambil bercerita dan bergosip. Bukan senang ada masa macam ni, dengan kolej masing-masing yang jauh dan kesibukan dengan PSM final semester ni..
Tapi, kanak-kanak riang ni memang sporting lah. Pantang diajak, program terus jalan. Dari Tahun 1, agak banyak jugak la program bersama :: makan-makan, jalan-jalan, main-main dan lepak-lepak..
Ni muka-muka yang dah tak sabar nak makan..
~antara orang terawal mencedok nasi..
~rombongan kedua untuk mencedok lauk-lauk yang ada..
~sesi bacaan doa makan..
~makan jangan tak makan..
~erk..alhamdulillah.licin abis pinggan.. sharul hingga menjilat jari..
Di kesempatan ni, terima kasih untuk semua yang dapat datang untuk lunch sama-sama..Kecuali Ina yang tak dapat datang sebab mak nya tak sihat tapi semoga mak Ina baik-baik aje. Agak terkilan sebab rasa macam makanan tadi cukup-cukup je, kalau boleh nak korang makan sampai perut membesar 2x ganda. Nasib baik semua berjalan lancar, dan makanan siap pada masanya..
Malam sebelum-sebelum tu, kami berempat keluar makan bawah payung kat SriPutri. Hm..memang tak rugi gi makan ngan dorang ni, mesti licin punya lah..tak baik membazir lah katakan..
Malam sebelum-sebelum tu, kami berempat keluar makan bawah payung kat SriPutri. Hm..memang tak rugi gi makan ngan dorang ni, mesti licin punya lah..tak baik membazir lah katakan..
0 peniup sangka kala:
Post a Comment