RSS

bersama yang pakar..


Seharian hari ni..
pagi ke petang..
final year students
bagi Sains&Math Fakulti
terlibat dengan program Pengkayaan Ilmu dan Pengalaman bersama
Guru Pakar masing-masing.
Dan aku pastinya bersama kanak-kanak riang SPP dan SPF yang lain
bersama guru pakar Fizik.

Program ni diuar-uarkan beberapa hari yang lepas yang..
masa tu, ada jugak yang dah plan aktiviti hujung minggu termasuklah gi Singapore,
Gunung Ledang dan tak lupa jugak yang balik mengundi di Terengganu.
Jadi kehadiran yang diharapkan tidaklah penuh untuk hari pertama..
tetapi hari kedua dapat join sama sebab program ni berjalan 2hari.

.........***..........

Kalau ikutkan hujung minggu camni, rehat lagi bagus melayan katil dan meja..
Tapi datang jugak sebab nanti:

1) dapat sedikit sebanyak input untuk PSM (Projek Sarjana Muda) yang masih dalam proses..
2) dapat kembalikan satu perasaan yang pernah 'hilang' selepas praktikal..
3) dan pastinya nak berkongsi ilmu dan pengalaman ngan Guru Pakar ni..

Bukan senang nak jumpa dengan Guru Pakar @ Guru Cemerlang ni..

..........***...........

Sebelum pagi tadi, aku mempunyai satu persepsi kepada seorang Guru Pakar ni.
Tapi bila bertentang mata dengan Puan Noriza ni,
persepsi tadi tu meleset sama sekali.
Kagum jugak la dengan cikgu ni, dengan semangat dan pengalaman yang ada pada orangnya,
beliau memang seorang guru yang tulen.

Kenapa aku cakap guru tulen?
sebab jiwa dia betul-betul untuk jadi seorang guru.
Orang kata jadi cikgu ni senang, kerja pun separuh hari.
Tapi sebenarnya, tugas guru ni bukan je setakat mengajar dan bercakap depan kelas je,
but more than that. Melebihi segala-galanya..
malah memberikan apa yang pelajar tak dapat semasa di rumah.
Bagi orang yang dah melalui pengalaman ni, mesti boleh rasa sendiri.
Korang pun mesti pernah ada pengalaman berjumpa ngan cikgu tulen dan tak..

Satu pengalaman di sekolah dulu zaman muda-muda,
awal tahun Form 4 (yang mana masa ni tengah semangat berkobar-kobar untuk belajar dan nak skor SPM ),
seorang cikgu lelaki baru ganti cikgu Biologi.
Kalau sebut cikgu lelaki ni, mesti budak2 perempuan mesti akan teruja..
Tapi..
Masuk kelas, pasang OHP letak slaid.
"ok, kamu boleh baca".
Habis satu slaid "da habis baca? ok,seterusnya.." Letak satu lagi slaid..
Hm kalau gitu, tak yah masuk kelas pun takpe, baca buku sendiri jer.huhu
Lepas pada tu, aku dah tak minat subjek Biologi.
Cita-cita aku nak jadi doktor pun dah terkubur time tu jugak..
Fuh, penangannya sampai sekarang tu..

..........***..........

Berbalik kepada cerita asal,
memang bole nampak sifat seorang Guru Cemerlang ada pada Puan Noriza.
Dengar saja macam mana beliau bercerita..
Ada jugak yang berair mata..
Siapa tu tak bole nak cakap la kat sini, tapi aku dapat kenalpasti gak yang buat-buat mata masuk habuk tu..hehe
Bukan sebab jalan cerita dia, tapi lebih pada cara penyampaian beliau tu memang sampai ke 'dalam' apa yang nak disampaikan..Insof..

Bagaimana seorang guru opsyen Matematik,
mulanya mengajar Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Bila pindah sekolah lain, diberi tanggungjawab mengajar Fizik Tingkatan6.
Dah beberapa hari mengajar, beliau menangis, sebab rasa cam tak dapat nak mengajar bagi students faham dan tak dapat jugak nak menjawab soalan students yang bertanya.
Pada saat ni la, suami beliau menyuntik satu semangat yang membolehkan beliau bole berjaya sampai sekarang dan memang master dalam Fizik..
Kat sini, aku kagum jugak la dengan suami beliau ni dan aku tahu ramai yang mengharapkan suami mithali macam ni..hehe


..........***..........

Usai program, aku dapat nampak semangat bakal-bakal guru ni cam lebih berkobar-kobar gitu. Terutamanya Nurul, da berangan-angan da nak jadi Cikgu Cemerlang. Best of luck, rumet!=)

Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat..
Ia seperti mengimbau kembali pengalaman-pengalaman semasa praktikal dulu.. Bermacam-macam kisah manis, masin, masam dan tawar.
Semestinya ia suatu pelajaran berguna dalam meniti masa akan datang..
berdepan dengan dunia luar yang bermacam-macam ragam dan karenah..


Di penghujung majlis, sempat lagi amik gamba kelas..

~kanak-kanak riang SPP..

2 peniup sangka kala:

SMKRP.klang said...

heh..aku memang sentiasa ingin menjadi yang cemerlang tapi kat sini usaha tak cukup dan "mesyuarat" lebey mase membantotkan usaha aku tuh hikhik!

apepon, aku tetibe ter pk kembali bagimana mase depan aku seterusnya. for sure aku nampak lebey jelas ape yang aku mahukan dalam hidop. ko? still searching? becoming a good teacher or lecture??hihi..terpulang, rumet!

apepon, all the best!!

Anonymous said...

wow! takpe, ko kena berusaha gigih untuk jadi yang cemerlang.. skang ni tengah banyakkan kuota untuk menambah bilangan cikgu cemerlang..ehehe

aku?hm..i've made my decision, my life after this.. ke mana?tuuuuungguuuu..haha
a good teacher @ lecturer?
i'll be a good girl..hihi