RSS

caya lah Geng!


~Geng: Pengembaraan Bermula~

Dah nonton filem Geng? Ha..siapa yang belum tu, apa kata gi tengok sekarang jugak. Memang best wa cakap sama lu.. Jangan ditanya berapa bintang yang nak dibagi, bukan setakat bintang, bulan pun boleh dibagi.. Filem ni memang satu filem animasi 3D Malaysia yang boleh dibanggakan..Memang respek dan saspek la untuk kaki kerja Les Copaque; sesuai dengan "katak bukan lagi di bawah tempurung"..

Kalau orang luar boleh bercakap pasal filem ni, apa lagi kan kita rakyat Malaysia. Kita la yang kena sokong filem animasi keluaran kita sendiri.

Hakikatnya selepas nonton filem Geng:

  1. Cerita ni dari awal sampai akhir memang tak akan bosan, asyik geli perut jer.. memang comel dan kelakar..
  2. Bunyi nye fuh..memang boleh sampai ke jantung sistem audio nye..
  3. Walaupun ia hanya filem animasi, tapi boleh buat kita terkejut tau.. Tok Dalang tu suka nak buat saspen..
  4. Ia bukan hanya buat kita gelak je, tapi ada unsur saspen, seram dan jugak syahdu.. ingat tak ada yang mengalir air mata ke?hihi syahdu time dekat-dekat ending nye tu.
  5. Part yang paling aku suka time upin, ipin dan rajoo dalam hutan tu. ada satu part diorang nak jatuh dari bukit.rajoo kata kat ipin "fikir masa depan..". Tapi diorang jatuh jugak..
  6. Sangat-sangat suka upin dan ipin dalam cerita ni..sangat cumil..
Walaupun gitu, ada jugak jalan cerita yang tak berapa logik macam ular besar tu, tapi tak membawa apa-apa yang kureng pun.. ada jugak binatang cumel tau dalam cerita ni..cuba teka nama apa?hmm..nanti tengok sendiri lah..hee

Upin dan ipin memang menghiburkan, telatah yang sangat-sangat cumil. Kalau watak upin ipin lagi banyak scene dalam cerita ni mesti lagi best. Sebab tu ada penampilan istimewa:upin dan ipin, bukan watak utama. Tapi mereka semua lah Geng.

Banyak pengajaran yang boleh kita dapat drpd filem ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem animasi Malaysia yang tersangat serunuk ni. Masih ada masa lagi..ting tong..
Selamat menuntun untuk semua, konpem semua akan terhibur tengok filem ni..

Tahniah untuk anak Malaysia, warga kerja Les Copaque..(",)

5 peniup sangka kala:

isle_shazila said...

Best… gi la tengok “GENG” memang tak rugi….sib baik booking online dulu tiket awal2…kalu idak…putih mata je la…masa gi collect tiket…tak leh pilih sit…penuh panggung…quote best ‘FIKIR MASA DEPAN’

Anonymous said...

betul3(dengan nada ipin).."fikir masa depan"..hihi
boleh ditonton segenap lapisan masyarakat..

SMKRP.klang said...

ain nanges tengok cite nih..ape da~
saye menanges kerna ketawa dengan lawak yer kikih!!

tupai said...

cam ..pemberita michel yeoh la..ko lapor ain..

A i N S Y a M said...

haha..biasala..
becita-cita nak jadi wartawan melodi ni..
mau terjah menerjah..=p