RSS

PSM, Internet, kabel dan wireless..

Sampai jugak ke UTM pagi ni setelah bercuti yang tak berapa nak lama pun kat rumah..
rasa tak nak balik je johor ni..
tapi, da memang tanggungjawab lom tamat lagi kat sini..
Kat rumah, semua berjalan baik..
Kat umah jugak la, idea mencurah-curah lak datang buat PSM..
Sangat serunuk dapat buat kerja tanpa tekanan yang menghentam-hentam..huh
Tapi oleh kerana masa kat umah tak cukup,kat sini jugak la kena disiapkan PSM..
chiyok!

___***___

Bila sampai rumah, keinginan utk surf Internet,
menyelongkar apa yang ada dalam www,
dan jugak melaksanakan sesuatu yang penting utk masa depan..
tapi, aduyai...
bermasalah lagi!
dari mana datang puncanya?
Dari sebelum cuti sem lepas lagi, Internet dan telefon umah tak dapat berfungsi..
Gara-gara kabel yang dipotong, dan dibawak lari..ke lombok barangkali..
Oleh kerana kabel yang dibawak lari sangatlah banyak..
jadi ambil masa yang sangat lama untuk sambung balik oleh pihak Telekom..
semalam baru mula operasi..huhu

Apa yang lebih menyayat hati, bukan setakat kabel yang sangat banyak je dibawak lari,
tiang tu pun lenyap jugak..
sadis betol!
wahai pencuri-pencuri kabel jalan wan ahmad yang sangat rajin bekerja..
dah takde kerja lain lagi ke nak dibuat?
kesian pada warga tua, warga muda dan kanak-kanak jalan wan ahmad,
yang terus hilang punca bila telefon umah tak dapat berfungsi..
Daripada buat kerja curi kabel,
apa kata korang buat kabel pulak,
cari idea buat kabel yang berkuasa besar..
dapat jugak kerja halal, dapat majukan negara lagi..

___***___

Apabila diadukan masalah ini pada pakar, seorang pengurus Telekom di Sungai Petani..
beliaw mencadangkan untuk guna telefon umah wireless..
Ini bakal disebar luaskan oleh Telekom..
wow! teknologi dah maju, semua dah nak wireless da..
apa lagi..

0 peniup sangka kala: