RSS

malam pra graduan UTM 2009


Malam tadi berlangsung nye satu majlis Malam Pra Graduan UTM 2009. Ha..majlis ni special untuk warga UTM yang dah pun di tahun akhir.ala-ala majlis untuk meraikan pelajar yang nak grad tahun ni la..

Tapi, sekarang belum sempat nak bercerita lagi. Nanti akan di update alkisah nya ye..(",)

Majlis berlangsung dengan meriahnya di The Zone Regency Hotel. The Zone kalau kat Johor ni disebut kawasan bebas cukai, di kawasan tepi laut. Walaupun tempatnya kawasan bebas cukai, tapi masuk ke hotel tu tak ada diskaun yer, lagi-lagi bila hotel 5 bintang gini..ops, 5 bintang ke ek?xpasti lak..hihi

Bas disediakan untuk dak2 yang tak ada kenderaan untuk ke hotel ni. Tapi kami datang dengan kereta jer, sebab bas datang awal sangat. jam5 lagi da kena siap. Jadi kami bertolak dalam jam 6.40 petang dan singgah solat Maghrib di Masjid Sultan Abu Bakar. Dan kat masjid ni jugak la, tiba-tiba malam tu ramai yang melaram keluar dari masjid. Semuanya dak yang nak gi diner..

Walaupun pada petangnya, satu masalah besar telah timbul dan telah melemahkan jantung yang ada, malamnya berjalan dengan baik jer..

Sesuai dengan tema malam tu ::masam masam manis::, majlis diserikan dengan persembahan nyanyian, alunan piano dan saksofon, dan jugak tarian. Tarian ala-ala zaman P.Ramlee dulu, dan jugak tarian kuda kepang. ewah ewah.. Gimik perasmian diserikan dengan kisah basikal buruk masuk ke dewan.

Yang paling aku suka di awal persembahan..Dewan jadi sedikit gelap dan hanya lampu spotlight saja yang memancar. Agak suspen jugak la.. Sambil diiringi lagu (tak tau tajuknya, tapi tau lagunya skit2..hihi) Lampu spotlight tu memancar ke pintu besar. waiter2 berpakaian kemas hitam putih masuk dari pintu besar dalam satu barisan sambil bawa pinggan bulat yang besar.. Diorang naik ke pentas dan buat satu formasi..Rupanya di sebalik pinggan-pinggan besar itu ada huruf-huruf yang akhirnya bergabung jadi Malam Pra Graduat UTM.. Cantik..

Makan? jangan disebut pasal makan, memang kami makan cukup-cukup.. Tapi sangat sayang, kami tak dapat nak habiskan makanan tu. Kami dah berusaha tapi apakan daya perut kami ada hadnya jugak..hukhuk
Makanan pada malam tu = Chinese food..
Ha..tengok la gambar kat bawah apa yang masuk ke perut kami pada malam tu..


Kalau la boleh ditapau makanannye, sambung makan kat bilik plak takdelah membazir. Yela, bukan free kan..hee waiter yang jaga meja kami ni tension jer ngan kerenah kanak-kanak riang ni. asyik dalam dilema jer, kalau tak nanti kena marah ngan bos dia, ketua waiter. Kami pulak nak abiskan makanan ni punyela lambat sebab tak larat, makan skit-skit je itupun xabis jugak.

Malam tu jugak ada penyampaian trofi untuk bakal-bakal graduan berpotensi.. Nak tau sape? sila kenalpasti wajah-wajah berpotensi dalam gambar di bawah..


Di kesempatan ni, tahniah skali lagi untuk dak fakulti aku: Firdaus, Hadi ngan Jenny..
(Firdaus ada kat belakang NC tu..hihi)

Malam tu jugak aku jadi antara yang bertuah..ehem2 dapat hamper besar gitu..
Tapi maafla hamper tu dah abis da dimakan..terlewat plak bagitau..=p

Pada akhir majlis, apa lagi sesi bergambar la..click sana, click sini.. Rupanya, malam tu ramai membe2 x-kmm datang sama. Yela, 4tahun kat utm ni kalau dapat jumpa pun skali dua kali je. itupun kadang2 nampak dari jauh. Nak buat guane, kolej jauh-jauh je, fakulti pun lain..

Tamat majlis, kami semua balik dengan agak kepenatan jugak la..Penat makan jer..

0 peniup sangka kala: