RSS

pengantin baru..


Masih belom terlambat lagi untuk wish..
Selamat Pengantin Baru..yey!
untuk nenek sedara (adik tiri arwah nenek belah mak), Mak Su Ani yang tersayang..
pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 17 Januari 2009..

Agak terkilan jugak la sebab aku tak dapat datang meriahkan majlis..huu
Aku jangkakan majlis akan berlangsung cuti Tahun Baru Cina ni..
tapi lagi awal rupanya..

Ni bukan perkahwinan pertama untuk Mak Su Ani..
Beliau da mempunyai beberapa orang cucu pun..
Tapi kalau da jodoh, apa nak dibuat lagi kan..*wink*wink*

Aku tak pastila bila kisah cinta ni bermula..
Dan aku tak pasti yang mana satu la pengantin lelaki nya
merangkap atuk sdara aku yang baru..
Sebab sebelum balik johor aritu,
kami 1 family cuit2 soh beliau kawin lagi..
Tup tup rupanya memang ade yang da ushar2..
Tapi dalam dilema sebab ada 3 pilihan..
Tak tau nak pilih yang mana satu..
Wa..walaupun umur da 50-an pun dalam dilema..=)

Aku memang happy dapat tau berita ni..
takdela nanti beliau dok sorang2 kat umah, ade jugak berteman..
Susah la nak lepak2 sama lepas ni sebab umah suaminya kat Pasir Mas..
Tak sabar plak balik umah ni nak tengok pengantin baru..

___***___
Sedikit info tentang majlis:
  • Majlis sederhana tetapi meriah ni berlangsung kat umah aku, eh umah parents aku..
  • Pada mulanya majlis ni menimbulkan sedikit kontroversi kepada jiran-jiran yang ingatkan majlis ni ialah majlis anak Cikgu Joe, terkilan bila ada yang tak dijemput.. Tapi rupanya majlis mak sdara ipar Cikgu Joe..
  • Tetamu yang datang sangat ramai memenuhi setiap inci ruang lingkup umah sampai tuan rumah sendiri takde tempat nak duduk.
  • Makanan jugak memang licin..Ketua chef merangkap mak cik aku memang berpuas hati tahap dewa tengok periuk-periuk nasi yang licin hingga ke titisan terakhir..
  • Orang kuat majlis ni dan juga wakil pihak pengantin perempuan ialah tuan umah ni, dan lepas majlis mereka memang sangat penat dan lelah..cian pulak dengar..
___***___

Menurut sumber yang bole dipercayai, majlis memang berjalan dengan lancar tanpa masalah..
Pengantin sekarang sedang berbulan madu di rumah mereka..
Semoga mereka berbahagia hendaknya..

Hm..teringat pulak kat arwah atuk aku..
Pernah tak korang tengok atuk korang kawin dan lafaz akad nikah depan tok kadi?
Bukan senang nak masuk dalam sejarah hidup tu..
Tapi itulah pengalaman aku masa umur 13 tahun dulu..
Tengok atuk aku kawin..hehe
Bangga betul dapat bercerita kat membe2 sekolah..

bersama yang pakar..


Seharian hari ni..
pagi ke petang..
final year students
bagi Sains&Math Fakulti
terlibat dengan program Pengkayaan Ilmu dan Pengalaman bersama
Guru Pakar masing-masing.
Dan aku pastinya bersama kanak-kanak riang SPP dan SPF yang lain
bersama guru pakar Fizik.

Program ni diuar-uarkan beberapa hari yang lepas yang..
masa tu, ada jugak yang dah plan aktiviti hujung minggu termasuklah gi Singapore,
Gunung Ledang dan tak lupa jugak yang balik mengundi di Terengganu.
Jadi kehadiran yang diharapkan tidaklah penuh untuk hari pertama..
tetapi hari kedua dapat join sama sebab program ni berjalan 2hari.

.........***..........

Kalau ikutkan hujung minggu camni, rehat lagi bagus melayan katil dan meja..
Tapi datang jugak sebab nanti:

1) dapat sedikit sebanyak input untuk PSM (Projek Sarjana Muda) yang masih dalam proses..
2) dapat kembalikan satu perasaan yang pernah 'hilang' selepas praktikal..
3) dan pastinya nak berkongsi ilmu dan pengalaman ngan Guru Pakar ni..

Bukan senang nak jumpa dengan Guru Pakar @ Guru Cemerlang ni..

..........***...........

Sebelum pagi tadi, aku mempunyai satu persepsi kepada seorang Guru Pakar ni.
Tapi bila bertentang mata dengan Puan Noriza ni,
persepsi tadi tu meleset sama sekali.
Kagum jugak la dengan cikgu ni, dengan semangat dan pengalaman yang ada pada orangnya,
beliau memang seorang guru yang tulen.

Kenapa aku cakap guru tulen?
sebab jiwa dia betul-betul untuk jadi seorang guru.
Orang kata jadi cikgu ni senang, kerja pun separuh hari.
Tapi sebenarnya, tugas guru ni bukan je setakat mengajar dan bercakap depan kelas je,
but more than that. Melebihi segala-galanya..
malah memberikan apa yang pelajar tak dapat semasa di rumah.
Bagi orang yang dah melalui pengalaman ni, mesti boleh rasa sendiri.
Korang pun mesti pernah ada pengalaman berjumpa ngan cikgu tulen dan tak..

Satu pengalaman di sekolah dulu zaman muda-muda,
awal tahun Form 4 (yang mana masa ni tengah semangat berkobar-kobar untuk belajar dan nak skor SPM ),
seorang cikgu lelaki baru ganti cikgu Biologi.
Kalau sebut cikgu lelaki ni, mesti budak2 perempuan mesti akan teruja..
Tapi..
Masuk kelas, pasang OHP letak slaid.
"ok, kamu boleh baca".
Habis satu slaid "da habis baca? ok,seterusnya.." Letak satu lagi slaid..
Hm kalau gitu, tak yah masuk kelas pun takpe, baca buku sendiri jer.huhu
Lepas pada tu, aku dah tak minat subjek Biologi.
Cita-cita aku nak jadi doktor pun dah terkubur time tu jugak..
Fuh, penangannya sampai sekarang tu..

..........***..........

Berbalik kepada cerita asal,
memang bole nampak sifat seorang Guru Cemerlang ada pada Puan Noriza.
Dengar saja macam mana beliau bercerita..
Ada jugak yang berair mata..
Siapa tu tak bole nak cakap la kat sini, tapi aku dapat kenalpasti gak yang buat-buat mata masuk habuk tu..hehe
Bukan sebab jalan cerita dia, tapi lebih pada cara penyampaian beliau tu memang sampai ke 'dalam' apa yang nak disampaikan..Insof..

Bagaimana seorang guru opsyen Matematik,
mulanya mengajar Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Bila pindah sekolah lain, diberi tanggungjawab mengajar Fizik Tingkatan6.
Dah beberapa hari mengajar, beliau menangis, sebab rasa cam tak dapat nak mengajar bagi students faham dan tak dapat jugak nak menjawab soalan students yang bertanya.
Pada saat ni la, suami beliau menyuntik satu semangat yang membolehkan beliau bole berjaya sampai sekarang dan memang master dalam Fizik..
Kat sini, aku kagum jugak la dengan suami beliau ni dan aku tahu ramai yang mengharapkan suami mithali macam ni..hehe


..........***..........

Usai program, aku dapat nampak semangat bakal-bakal guru ni cam lebih berkobar-kobar gitu. Terutamanya Nurul, da berangan-angan da nak jadi Cikgu Cemerlang. Best of luck, rumet!=)

Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat..
Ia seperti mengimbau kembali pengalaman-pengalaman semasa praktikal dulu.. Bermacam-macam kisah manis, masin, masam dan tawar.
Semestinya ia suatu pelajaran berguna dalam meniti masa akan datang..
berdepan dengan dunia luar yang bermacam-macam ragam dan karenah..


Di penghujung majlis, sempat lagi amik gamba kelas..

~kanak-kanak riang SPP..

makan, makan, makan..

Hari ni aktiviti penuh sepanjang siang dan petang baru la sampai bilik setelah keluar bilik pada jam 9.30 pagi.Sebut pasal makan ni, siapa la yang tak teruja. Bak kata rumet, hidup untuk makan..hehe

Jam 12 tengah hari tadi, semua kanak-kanak riang 4SPP menyerbu kafe KTHO untuk lunch bersama (asyik-asyik KTHO je tempat makannya..). Biasalah, kanak-kanak riang ni kalau disebut ade lunch, sanggup kosongkan perut dari pagi lagi sebab nak isi semaksimum mungkin semasa lunch. Masa bersama macam ni memang seronok, sambil makan ramai-ramai, sambil bercerita dan bergosip. Bukan senang ada masa macam ni, dengan kolej masing-masing yang jauh dan kesibukan dengan PSM final semester ni..

Tapi, kanak-kanak riang ni memang sporting lah. Pantang diajak, program terus jalan. Dari Tahun 1, agak banyak jugak la program bersama :: makan-makan, jalan-jalan, main-main dan lepak-lepak..

Ni muka-muka yang dah tak sabar nak makan..

~antara orang terawal mencedok nasi..

~rombongan kedua untuk mencedok lauk-lauk yang ada..

~sesi bacaan doa makan..

~makan jangan tak makan..

~erk..alhamdulillah.licin abis pinggan.. sharul hingga menjilat jari..

Di kesempatan ni, terima kasih untuk semua yang dapat datang untuk lunch sama-sama..Kecuali Ina yang tak dapat datang sebab mak nya tak sihat tapi semoga mak Ina baik-baik aje. Agak terkilan sebab rasa macam makanan tadi cukup-cukup je, kalau boleh nak korang makan sampai perut membesar 2x ganda. Nasib baik semua berjalan lancar, dan makanan siap pada masanya..

Malam sebelum-sebelum tu, kami berempat keluar makan bawah payung kat SriPutri. Hm..memang tak rugi gi makan ngan dorang ni, mesti licin punya lah..tak baik membazir lah katakan..


~aksi-aksi dramatik ketika makan..

jom kita mengundi..

Hari ini bertarikh 13 Januari 2009, hari yang paling dinanti-nanti warga kampus UTM. Hmm..iyeke? Kalau bagi yang ambil tahu pasal pilihanraya la.. Pengundian bermula jam 9 pagi, tapi waktu tu aku masih lagi ada kat bilik sebab kelas mula jam 10. Lebih kurang pukul 10 lebih, oleh sebab tiada sesi P&P (hanya sedikit perbincangan tentang inovasi), aku turun mengundi di bilik seminar fakulti bersama rumet.

Seperti biasa, sampai saja kena beratur, tapi ia tak ambil masa yang lama. Jadi, aku pun menjalankan tugas aku sebagai warga kampus UTM. siapa yang aku undi? opps..undi anda adalah rahsia..Tapi,aku harapkan orang yang aku undi ni boleh menang la..

Yang menariknya, musim pilihanraya ni, macam-macam suara boleh kita dengar di sana sini bercakap pasal calon..

"eh, ko nak undi siapa?"
"ntahla..kita undi dia lah..yang ni ensem la.."
"aah la..yang ni pun cantik je, manis nya dia senyum.."
"eh, yang ni cam skema jer.."
"dia ni, cam aku kenal la tapi di mana yer?"
"aku kenal la budak ni sape.."
"la..dia ni masuk bertanding jugak ker.."
"ko rasa dia ni ok tak?"

ada yang memuji..

"dia ni bagus la, dia pernah jadi pengarah program aritu.."
"yang ni memang layak jadi mpp.."
"dia ni memang leh menang lah wa cakap sama lu.."

tak kurang juga yang...

"dia ni kan..publisiti je lebih.."
"dia ni nampak je bagus tapi...."


hmm..kalau ada yang bercakap yang tak bagus tu, aku tak berapa nak ambil tahu sangat..
yang penting aku tahu, siapa yang aku nak undi..(",)


~suasana di depan bilik mengundi di Fakulti Pendidikan..

~gambar ni diambil masa tunggu bas kat SUB. Gambar poster-poster yang ditampal di sana sini..dan juga 2 orang model berbaju putih yang tidak dikenali..hee

~ha..ini yang aku suka..cenderahati untuk pengundi-pengundi macam aku..


Malam ni kat DSI akan dapat tahu la keputusan nya. Calon-calon yang bertanding ni mesti sekarang tengah berdebar-debar dan terketar-ketar kepala lutut.. manakala aku pula pastinya malam ini hanya berehat di bilik dan menunggu info saja, kalau bukan malam ni pagi esok mungkin..hehe

obses dengan warna merah?

Oh tidak..aku harap aku bukanlah tergolong dalam golongan yang obses dengan warna merah ni.. Tapi suka suki warna merah tu ada la. Almost, sume barang hak milik aku lebih kepada warna merah.hehe Apa yang buatkan aku tertarik ngan warna merah ni tak tau la. Tapi, bila pandang sesuatu objek berwarna merah ni, tanpa dipaksa hati ni terus jatuh cinta pandang pertama. Cewah, penuh perasaan plak ayatnya. Actually, warna aku suka bukanlah warna merah mak ngah gitu, aku suka warna merah hati @ maroon..


~nampak besar je purse ni sbab banyak duit syiling je..


~beg kecil yg comel ni memudahkan untuk membawa dua-dua enset ke sana ke sini supaya aku takde la pilih kasih..


Ke mana saja aku pergi mesti bawa objek-objek dalam gamba di atas termasuk enset merah ( tak dapat dipapar di sini sebab dia malu nak posing). Ada satu lagi yang aku agak terkilan,sebab tak dapat memiliki kamera berwarna maroon yang cantik itu. Sebab ada orang kata, nak pilih kamera jangan pilih warna, tapi pilih berdasarkan fungsi yang ada pada dia. sob seb sob seb..warna hitam pun jadilah..


Kalau ditanya warna apa yang paling serasi digandingkan dengan warna merah, aku akan jawab warna putih..yeh, mestilah putih. Sebab kalau dengan warna selain putih, sume tak cantik, menenggelamkan keindahan warna merah tu..


Walaupun aku suka warna merah, aku bukanlah seorang yang obses dengan warna ni. Koleksi baju kurung aku pun tak penah ada warna merah, akan datang mungkin kot.. bila aku buat assignment multimedia ataupun bangunkan web, aku tak pilih warna merah pun. Untuk yang ni, aku lebih suka gunakan warna alam specially hijau dan biru laut sebab warna ni ala-ala mendamaikan gitu..barula sejuk mata nak tengok.. Oleh yang demikian, aku memang yakin lah, aku tidak obses dengan warna merah.. ; )


Tetapi, adakah kamu obses dengan warna kegemaran kamu? Awas, jangan sampai da tak nampak warna lain da..kang bumi yang serba hijau ni dirasakan serba pink..aduih..


Info tentang warna:

http://myth.com/color/

http://crystal-cure.com/color-meanings.html