RSS

keIKHLASan..

Hari ni ada seseorang mengingatkan aku tentang sesuatu..
sesuatu yang aku rasa aku mungkin dah terlupa, terlepas pandang..
IKHLAS..
senang je untuk sebut ikhlas kan..
tapi untuk betul2 merasai ikhlas tu, hanya kita yang tau..

pernah tak kita terfikir..
ikhlas kah kita berkawan dengan kawan kita?
ikhlas kah kita menolong orang yang memerlukan?
ikhlas kah kita memberi sesuatu yang menjadi hak milik kita?
ikhlas kah kita membantu mak dan ayah kita, adik beradik kita?
atau..
iklas kah kita menyayangi seseorang?
Banyak persoalan kalau nak tanya pasal ikhlas ni..

Bila kita ikhlas, kita takkan mengharapkan sesuatu balasan..
bila kita menyayangi seseorang, kita tak mengharapkan orang tu menyayangi kita seperti kita sayang dia..sebab kita ikhlas dengan perasaan tu..
begitu jugak, bila kita ikhlas dengan mak dan ayah kita,
kita tak mengharapkan mereka menghargai atau memuji atau membalas dengan sesuatu..
sebab kita ikhlas untuk tolong mereka, ikhlas menyayangi mereka..

dalam berkawan pun macam tu..
kenapa kita mesti berkecil hati dengan kawan kita?
kenapa kita mesti ada perasaan marah atau merajuk dengan kawan kita?
kenapa kita mesti berselisih faham dengan kawan kita?
dan kenapa kita mesti bermasam muka dengan kawan kita
hanya disebabkan hal yang kecil aje?
hurm..yang tu, kena la tepuk dada tanya apa kata hati..
ikhlas kah kita sebenarnya..

pernah tak kita tanya pada diri kita,
adakah kita ikhlas atau tak?
mungkin kita terlepas pandang erti keikhlasan tu..
kita tak boleh hanya cakap yang kita ikhlas..
sebab ikhlas tu lahir dari hati kita, dan jugak sesuatu yang kita perlu belajar untuk pupuk..
kalau kita ikhlas, kita akan ada rasa rendah diri dan redha dengan apa saja yang berlaku..
walau sekuat mana pun dugaan tu, kita mesti boleh hadapi..
sebab kita ada satu harta yang sangat berharga..
keikhlasan..

aku sendiri pun masih ke hulu ke hilir cari jawapan..
ikhlas kah aku?
jawapan tu aku tak akan dapat daripada orang lain..
sebab aku sendiri yang ada jawapan tu..

~mencari erti keikhlasan yang sebenar..
terima kasih nana..(",)

nak balik..

"balik kampung..o o o o balik kampung..hati girang...."
isk3..sob sob sob..
aduyai..nampaknya aku dah ditinggalkan keseorangan kat sini..

rumet pun da balik da pagi tadi..
tapi kan, cerita panasnya dia kena tinggal bas..hik3
opss..alamak, terlepas cakap plak..
tapi, apapun rumet da selamat sampai kl da agaknya waktu ni..
lepas sorang sorang da balik umah..
aku??
hm..menghitung hari je la kat sini nak tunggu balik hari selasa ni..huu

target aku sebelum balik nak buat psm,
tp belum datang semangat berkobar-kobar lagi ni!!
uish, guane nih?aduyai..chiyok2!!!

tengahari tadi, aku dan membe-membe yang masih setia di utm memenuhi jemputan DrShaharom yang menerima menantu baru..hehe
majlisnya dibuat kat Dewan Alumni UTM..
jadi takde hal la untuk ke sana setakat dalam UTM je..

Meriah majlisnya dengan dekorasi yang sangat cantik..
gabungan kontemporari dan tradisional..hm ye ke?aku agak je..(",)
makan pun memang konyang lah,puas hati..
tapi, kalau masuk bab makan ni mane ade yang tak puas kan..haha
hidangan special - gear box ngan cendol..wow! memang best..
kuih kegemaran aku pun ada tapi sayang sebab tak dapat nak habiskan, full..

balik dari majlis, pusing-pusing dulu dengan nana round UTM..
Suasana memang senyap sunyi,
apatah lagi hari ni hari Ahad memang tak ada orang kerja..
Di kesempatan ni la kami menghirup udara yang segar dan bugar..
jauh dari bunyi-bunyian, dan ditiup angin sepoi-sepoi kat atas bukit tu..chewah..hihi

Nasib baik hari ni walaupun gi tengahari tapi macam petang.
cuaca mendung je..nak kata akan hujan,tak macam nak hujan..
nak kata tak hujan pun, nanti tiba-tiba hujan..
aktiviti petang ni?
aku tengah mencari kekuatan dan aura untuk membuat kerja..
sebab petang ni nak keluar jalan-jalan ambil angin lagi dengan nana..

go! go! psm!chiyok2!

blues selamanya..

Blues selamanya..
Ini satu-satunya majalah yang mesti aku akan beli tiap-tiap bulan.
dalam sebulan 2 edisi akan keluar..
jadi tiap-tiap bulan mesti aku akan bajet rm9 untuk beli ni..hehe
Sekarang pun aku da ada berpuluh-puluh koleksi, mula dari edisi 56 sampai 100 berapa ntah,lupa plak..kena rujuk balik kat rumah..

Mulanya daripada masa matrik dulu, aku dipengaruhi oleh cik nana yang masa tu suka baca ni.
Tapi memang best pun, dia bukan sekadar komik..
Banyak jugak pengisian-pengisian yang memang best lah..
Kadang-kadang jadi peringatan untuk kita yang mudah lupa..
Kartun dia pun best dan cantik, antara kartunis yang aku suka- jakall..
lepas pada tu, aku menjadi pelanggan yang lebih setia daripada nana..

Tapi bila mula masuk utm, aku da mula kureng mengikuti majalah ni..
dan aku tak pasti sekarang masih ada tak edisi yang baru..
Kalau ada, mesti ntah yang ke berapa ratus da..
Tiap kali aku gi kedai buku/majalah, ushar jugak majalah ni tapi tak pernah jumpa..
Kalau ada sesiapa yang tau ada katne..
atau tau info terbaru tentang majalah ni,
meh la habaq mai na..

pengantin baru..


Masih belom terlambat lagi untuk wish..
Selamat Pengantin Baru..yey!
untuk nenek sedara (adik tiri arwah nenek belah mak), Mak Su Ani yang tersayang..
pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 17 Januari 2009..

Agak terkilan jugak la sebab aku tak dapat datang meriahkan majlis..huu
Aku jangkakan majlis akan berlangsung cuti Tahun Baru Cina ni..
tapi lagi awal rupanya..

Ni bukan perkahwinan pertama untuk Mak Su Ani..
Beliau da mempunyai beberapa orang cucu pun..
Tapi kalau da jodoh, apa nak dibuat lagi kan..*wink*wink*

Aku tak pastila bila kisah cinta ni bermula..
Dan aku tak pasti yang mana satu la pengantin lelaki nya
merangkap atuk sdara aku yang baru..
Sebab sebelum balik johor aritu,
kami 1 family cuit2 soh beliau kawin lagi..
Tup tup rupanya memang ade yang da ushar2..
Tapi dalam dilema sebab ada 3 pilihan..
Tak tau nak pilih yang mana satu..
Wa..walaupun umur da 50-an pun dalam dilema..=)

Aku memang happy dapat tau berita ni..
takdela nanti beliau dok sorang2 kat umah, ade jugak berteman..
Susah la nak lepak2 sama lepas ni sebab umah suaminya kat Pasir Mas..
Tak sabar plak balik umah ni nak tengok pengantin baru..

___***___
Sedikit info tentang majlis:
  • Majlis sederhana tetapi meriah ni berlangsung kat umah aku, eh umah parents aku..
  • Pada mulanya majlis ni menimbulkan sedikit kontroversi kepada jiran-jiran yang ingatkan majlis ni ialah majlis anak Cikgu Joe, terkilan bila ada yang tak dijemput.. Tapi rupanya majlis mak sdara ipar Cikgu Joe..
  • Tetamu yang datang sangat ramai memenuhi setiap inci ruang lingkup umah sampai tuan rumah sendiri takde tempat nak duduk.
  • Makanan jugak memang licin..Ketua chef merangkap mak cik aku memang berpuas hati tahap dewa tengok periuk-periuk nasi yang licin hingga ke titisan terakhir..
  • Orang kuat majlis ni dan juga wakil pihak pengantin perempuan ialah tuan umah ni, dan lepas majlis mereka memang sangat penat dan lelah..cian pulak dengar..
___***___

Menurut sumber yang bole dipercayai, majlis memang berjalan dengan lancar tanpa masalah..
Pengantin sekarang sedang berbulan madu di rumah mereka..
Semoga mereka berbahagia hendaknya..

Hm..teringat pulak kat arwah atuk aku..
Pernah tak korang tengok atuk korang kawin dan lafaz akad nikah depan tok kadi?
Bukan senang nak masuk dalam sejarah hidup tu..
Tapi itulah pengalaman aku masa umur 13 tahun dulu..
Tengok atuk aku kawin..hehe
Bangga betul dapat bercerita kat membe2 sekolah..

bersama yang pakar..


Seharian hari ni..
pagi ke petang..
final year students
bagi Sains&Math Fakulti
terlibat dengan program Pengkayaan Ilmu dan Pengalaman bersama
Guru Pakar masing-masing.
Dan aku pastinya bersama kanak-kanak riang SPP dan SPF yang lain
bersama guru pakar Fizik.

Program ni diuar-uarkan beberapa hari yang lepas yang..
masa tu, ada jugak yang dah plan aktiviti hujung minggu termasuklah gi Singapore,
Gunung Ledang dan tak lupa jugak yang balik mengundi di Terengganu.
Jadi kehadiran yang diharapkan tidaklah penuh untuk hari pertama..
tetapi hari kedua dapat join sama sebab program ni berjalan 2hari.

.........***..........

Kalau ikutkan hujung minggu camni, rehat lagi bagus melayan katil dan meja..
Tapi datang jugak sebab nanti:

1) dapat sedikit sebanyak input untuk PSM (Projek Sarjana Muda) yang masih dalam proses..
2) dapat kembalikan satu perasaan yang pernah 'hilang' selepas praktikal..
3) dan pastinya nak berkongsi ilmu dan pengalaman ngan Guru Pakar ni..

Bukan senang nak jumpa dengan Guru Pakar @ Guru Cemerlang ni..

..........***...........

Sebelum pagi tadi, aku mempunyai satu persepsi kepada seorang Guru Pakar ni.
Tapi bila bertentang mata dengan Puan Noriza ni,
persepsi tadi tu meleset sama sekali.
Kagum jugak la dengan cikgu ni, dengan semangat dan pengalaman yang ada pada orangnya,
beliau memang seorang guru yang tulen.

Kenapa aku cakap guru tulen?
sebab jiwa dia betul-betul untuk jadi seorang guru.
Orang kata jadi cikgu ni senang, kerja pun separuh hari.
Tapi sebenarnya, tugas guru ni bukan je setakat mengajar dan bercakap depan kelas je,
but more than that. Melebihi segala-galanya..
malah memberikan apa yang pelajar tak dapat semasa di rumah.
Bagi orang yang dah melalui pengalaman ni, mesti boleh rasa sendiri.
Korang pun mesti pernah ada pengalaman berjumpa ngan cikgu tulen dan tak..

Satu pengalaman di sekolah dulu zaman muda-muda,
awal tahun Form 4 (yang mana masa ni tengah semangat berkobar-kobar untuk belajar dan nak skor SPM ),
seorang cikgu lelaki baru ganti cikgu Biologi.
Kalau sebut cikgu lelaki ni, mesti budak2 perempuan mesti akan teruja..
Tapi..
Masuk kelas, pasang OHP letak slaid.
"ok, kamu boleh baca".
Habis satu slaid "da habis baca? ok,seterusnya.." Letak satu lagi slaid..
Hm kalau gitu, tak yah masuk kelas pun takpe, baca buku sendiri jer.huhu
Lepas pada tu, aku dah tak minat subjek Biologi.
Cita-cita aku nak jadi doktor pun dah terkubur time tu jugak..
Fuh, penangannya sampai sekarang tu..

..........***..........

Berbalik kepada cerita asal,
memang bole nampak sifat seorang Guru Cemerlang ada pada Puan Noriza.
Dengar saja macam mana beliau bercerita..
Ada jugak yang berair mata..
Siapa tu tak bole nak cakap la kat sini, tapi aku dapat kenalpasti gak yang buat-buat mata masuk habuk tu..hehe
Bukan sebab jalan cerita dia, tapi lebih pada cara penyampaian beliau tu memang sampai ke 'dalam' apa yang nak disampaikan..Insof..

Bagaimana seorang guru opsyen Matematik,
mulanya mengajar Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Bila pindah sekolah lain, diberi tanggungjawab mengajar Fizik Tingkatan6.
Dah beberapa hari mengajar, beliau menangis, sebab rasa cam tak dapat nak mengajar bagi students faham dan tak dapat jugak nak menjawab soalan students yang bertanya.
Pada saat ni la, suami beliau menyuntik satu semangat yang membolehkan beliau bole berjaya sampai sekarang dan memang master dalam Fizik..
Kat sini, aku kagum jugak la dengan suami beliau ni dan aku tahu ramai yang mengharapkan suami mithali macam ni..hehe


..........***..........

Usai program, aku dapat nampak semangat bakal-bakal guru ni cam lebih berkobar-kobar gitu. Terutamanya Nurul, da berangan-angan da nak jadi Cikgu Cemerlang. Best of luck, rumet!=)

Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat..
Ia seperti mengimbau kembali pengalaman-pengalaman semasa praktikal dulu.. Bermacam-macam kisah manis, masin, masam dan tawar.
Semestinya ia suatu pelajaran berguna dalam meniti masa akan datang..
berdepan dengan dunia luar yang bermacam-macam ragam dan karenah..


Di penghujung majlis, sempat lagi amik gamba kelas..

~kanak-kanak riang SPP..